Sorting by

×

18 kakitangan positif, Baitulmal MAIM tutup operasi 9 hingga 16 Feb

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 11 Feb – Bangunan Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Bukit Palah di sini diarahkan tutup sementara bermula 9 Feb lalu sehingga Rabu depan.

Menurut sumber MAIM, penutupan Baitulmal berkenaan berikutan 18 kakitangan MAIM yang dikesan positif COVID-19.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) arahkan kita tutup operasi premis pada Rabu (9 Feb) lalu pada jam 5 petang untuk buat kerja disinfeksi malam tersebut.

“Pada awalnya hanya ada seorang atau dua kakitangan yang positif, namun ia merebak selepas individu yang positif ini berjumpa kakitangan lain.

“Jadi kita laporkan pada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Melaka Tengah dan KKM arah tutup operasi pada Rabu lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, susulan itu 400 kakitangan lain diarahkan menjalani ujian saringan pada jam 10 pagi hari berikutnya.

“Selepas selesai saringan semua kakitangan alhamdulillah hanya jumlah sedia ada saja yang positif, lain-lain keputusannya negatif.

“Daripada 18 kakitangan ini seramai tujuh sudah dipotong gelang pink kerana keadaan mereka sudah kembali sihat seperti biasa,”katanya.

BAITUMAL MAIM tutup operasi bermula 9 hingga 16 Feb ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1160
Kongsi :
Previous post 1,055 sekolah dikenal pasti dijadikan PPV PICKids – Dr Noor Azmi
Next post Malaysia sasar tingkatkan jumlah stesen pengecas EV – Adham Baba
Ubah saiz-+=