Gerak kerja SU Agung UMNO pacu kemenangan di Johor kelak- KM
SERI NEGERI 10 Feb- Peranan dan gerak kerja yang ditonjolkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan antara kunci kemenangan Barisan Nasional (BN) di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, momentum tersebut akan diteruskan oleh figura politik tanah air itu dalam memacu kemenangan BN pada PRN Johor bulan hadapan.
“Bagi saya, peranan, gerak kerja oleh Datuk Seri Ahmad Maslan dan kepemimpinan UMNO serta BN adalah kunci kejayaan dalam memacu kemenangan besar pada PRN Melaka yang lalu.
“Seterusnya momentum itu akan diteruskan pada PRN di Johor kelak insyaAllah. Terima kasih YB (Yang Berhormat) di atas pertemuan yang cukup bermakna ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebook rasminya selepas menerima kunjungan hormat Ahmad Maslan di pejabatnya di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA OPTIMIS PASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, NEGERI TERPELIHARA
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Kerajaan Melaka optimis memastikan kesejahteraan negeri dan rakyat terus terpelihara. Ketua Menteri, Datuk Seri Utama...
BANGUNAN IPD MELAKA TENGAH LAMA, DIJADIKAN MUZIUM PDRM
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Bangunan bekas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, akan dibangunkan sebagai Muzium Polis Diraja...
GOLF BERPOTENSI JADI SUKAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Sebagai salah satu sukan yang dilihat berpotensi melahirkan ramai pelapis berbakat, Kerajaan Negeri meminta semua...
MAIM AGIH SUMBANGAN PERSEKOLAHAN KEPADA 8,800 ANAK ASNAF
BUKIT KATIL 14 Disember - Seramai 8,800 anak asnaf memperoleh manfaat hasil inisiatif Program Jom Ke Sekolah Bagi Anak-Anak Asnaf...
ME49: 1,342 KES DENGGI, DUA KEMATIAN DIREKOD – KKM
PUTRAJAYA 14 Disember - Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi...
PERTEGUH KESELAMATAN DEMI KEMAKMURAN MELAKA – KM
AYER KEROH 14 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...