
‘Spiderman’ teman adik-adik ambil vaksin
AYER KEROH 9 Feb – Gelagat dua individu yang memakai kostum ‘spiderman’ pada Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) bukan setakat mencuri perhatian sebaliknya menghilangkan rasa gemuruh kanak-kanak yang hadir untuk disuntik vaksin.
Tinjauan hari pertama PICkids dilakukan Melaka Hari Ini di pusat pemberian vaksin offsite Kipmall, mendapati keadaan lengang pada waktu pagi.
Namun jumlah ibu bapa membawa anak masing-masing untuk mengambil vaksin agak memberangsangkan bermula jam 2 petang.
Ketika tinjauan dijalankan ada dalam kanak-kanak terbabit terpaksa ditenangkan oleh dua adiwira berkenaan dan kelihatan ceria selepas petugas kesihatan selesai menyuntik vaksin.
Sekurang-kurangnya 10 hingga 15 kanak-kanak yang hadir pada satu-satu masa dengan diawasi ibu bapa dan petugas kesihatan.
Mengikut rekod, seramai 94,500 kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di negeri ini layak menerima vaksinasi bagi mengurangkan risiko COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...