Pujuk warga emas ambil dos penggalak – Kalsom

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

DUYONG 9 Feb – Sebanyak 62 peratus warga emas di negeri ini telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, kata EXCO Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan impak yang cukup positif memandangkan peratusannya lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Di Melaka kita anggarkan dalam 62 peratus warga emas sudah terima dos penggalak, maknanya kita Melaka ke arah lebih selamat.

“Ia satu petanda baik, baki yang masih belum ambil dos penggalak itu kita sedang pujuk mereka untuk ambil secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan pada Program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina 2022 Persatuan Kanner Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Petronas Selatan, Sazli Zakaria dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Mohd Fadli Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Kalsom meminta orang ramai agar tidak panik terhadap peningkatan kes COVID-19 yang semakin dalam negara dan negeri ini.

Katanya, walaupun kes semakin tinggi namun ia tidak begitu membimbangkan memandangkan kebanyakan kes adalah dalam kategori 1 dan 2.

“Ini dapat dilihat apabila katil-katil di hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) masih rendah berbanding sebelum rakyat menerima dos penggalak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

825
Kongsi :
Previous post ‘Spiderman’ teman adik-adik ambil vaksin
Next post Annuar Musa Ucap Selamat Hari Pers Nasional 2022
Ubah saiz-+=