Sorting by

×

Warga bomba anda ‘wira merah kami dan wira negara’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 8 Feb – Peranan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan semakin penting mencakupi pelbagai aspek demi menjamin kemajuan serta pembangunan sesebuah negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, di samping itu warga bomba juga sentiasa memastikan kehidupan masyarakat dan persekitarannya berada di suatu tahap yang meyakinkan.

“Hari ini, Negeri Melaka mempunyai satu ibu pejabat dan 11 buah balai bomba yang telah dibina. Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran akan terus dinikmati oleh rakyat di negeri ini.

“Kepada semua pegawai bomba yang sentiasa berkhidmat dengan baik kepada masyarakat, saya mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas pengorbanan sebagai barisan ‘frontliners’.

“Mereka tidak pernah mengenal erti penat dan lelah sehingga keselamatan diri menjadi taruhan demi kesihatan serta kepentingan rakyat…sesungguhnya anda semua adalah ‘wira merah kami dan wira negara’,”katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu Sulaiman mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka, di Bukit Katil, hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Ts. Mohammad Hamdan Wahid dan lain-lain kenamaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1178
Kongsi :
Previous post MPN syor kerajaan buka sempadan seawal 1 Mac
Next post 12,500 anggota Bomba siap siaga hadapi musim kemarau
Ubah saiz-+=