
STL: Melaka Titans juara Divisyen 1
KUALA LUMPUR 6 Feb – Melaka Titans dinobat sebagai juara Divisyen 1 Sepak Takraw League (STL) musim 2021/22 selepas menewaskan KPT- MASUM Knight di aksi final, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Titiwangsa itu, Melaka Titans terlebih dahulu tewas di set pertama 16-21 sebelum bangkit mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-17 di set kedua.
Di set penentuan, anak buah Riduan Ramli tidak berdepan masalah mencatat kemenangan bergaya 21-12.
Untuk rekod, ia merupakan kejuaraan pertama diraih Melaka Titans dalam saingan Divisyen 1.
Kemenangan itu juga sekali gus membantu Melaka Titans naik ke saingan liga teratas STL iaitu Liga Premier bagi saingan musim depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...