Sorting by

×

‘Syurga’ buat peminat kopi

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Feb – Pelbagai jenis kopi diperkenalkan dan 1001 satu cara penyediaan kopi dapat disaksikan di Pesta Kopi Melaka selama dua hari bermula semalam dan hari ini.

Tinjauan Melaka Hari Ini di lokasi pesta terbabit di The Shore Shopping Gallery mendapati pelbagai keunikan ditonjolkan dari satu gerai ke satu gerai lain.

Antaranya, cara penyediaan kopi dan pembuatan ‘seni latte’ (latte art), selain demonstrasi alat-alat penyediaan kopi oleh para vendor turut ditonjolkan.

Selain itu, pelbagai jualan barangan penyediaan, aksesori dan produk kopi turut dijual dan semuanya adalah hasil tangan barista dalam kalangan anak tempatan.

SUASANA di Pesta Kopi Melaka di The Shore Art Gallery. Foto Iqmal Haqim Rosman.

Pengunjung yang terlepas peluang pada hari pertama semalam boleh datang pada hari kedua (hari ini), iaitu hari terakhir, dan masuk adalah percuma dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jadi bagi kaki-kaki kopi, tidak kira kopi kayangan, kopi marhaen, kopitiam atau kopi ikat tepi sekalipun, anda perlu datang beramai-ramai dan rasai kopi buatan anak tempatan di Pesta Kopi Melaka.

Pengunjung pesta kopi juga boleh ke tingkat dua dalam pusat membeli belah The Shore itu untuk membeli barangan vintaj di ‘Serba-Serbi Flea Market’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post Tak patuh SOP semasa kursus, 106 positif di Terendak
Next post Rayan meninggal dunia selepas dibawa keluar
Ubah saiz-+=