Sorting by

×

Melaka ke arah jadi negeri pelancongan patuh, amal SOP

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Feb – Melaka menyasarkan semua premis serta fasiliti pelancongan di negeri ini menerima Program Pensijilan Patuh dan Amal SOP COVID-19 pada tahun ini.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya menyasarkan lebih 434 outlet pelancongan di negeri ini menerima sijil terbabit.

Katanya, setakat ini dianggarkan lebih 100 premis sudah menerima sijil terbabit sekali gus menjadikan Melaka sebagai negeri pertama yang patuh dan amal SOP COVID-19 sepenuhnya di premis serta fasiliti pelancongan.

“Kerajaan negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sudah melaksanakan Program Pensijilan Patuh dan Amal SOP COVID-19 di negeri ini.

“Ini menjadikan Melaka sebagai negeri pertama ke arah 100 peratus patuh dan amal SOP COVID-19 di premis serta fasiliti pelancongan.

“Saya yakin usaha ini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan pelancong untuk mengunjungi Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pesta Kopi Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata Melaka merupakan destinasi kedua Pesta Kopi sebagai usaha mempromosikan Produk Kopi Lokal Negara, selain membuka peluang perniagaan kepada usahawan baharu dalam industri kopi negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

830
Kongsi :
Previous post Aliran trafik meningkat, perlahan di lebuh raya utama menuju Lembah Klang
Next post Melaka jalin kerjasama dengan Indonesia, isi kekosongan sektor perhotelan
Ubah saiz-+=