Sorting by

×

Kes COVID-19 meningkat lebih 9,000 hari ini

Masa Membaca:34 Saat

PUTRAJAYA 5 Feb – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini melonjak kepada 9,117 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak adalah lebih 2 juta kes.

Kali terakhir negara ini merekodkan kes harian tertinggi adalah pada 8 Oktober lalu dengan 9,751 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan sehingga kini sebanyak 2,904,131 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 47 kes adalah kategori 3,4 dan 5.

“Sebanyak 9,070 lagi kes atau 99.5 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi Facebook miliknya hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

606
Kongsi :
Previous post MARA pantau 55 MRSM susulan kes COVID di Maktab Tawau
Next post Pesta Kopi Melaka himpun peminat kopi tegar
Ubah saiz-+=