Sorting by

×

Lapan sekeluarga panik rumah ‘banjir’ awal pagi

Masa Membaca:54 Saat

TANJUNG BIDARA 4 Feb – Lapan sekeluarga panik selepas kediaman mereka di Kampung Londang, di sini, ‘banjir’ akibat dimasuki air berikutan paip pecah dalam kejadian jam 4.30 pagi tadi.

Mohd Nasir Che Man, 45, berkata, paip yang pecah terletak kir-kira empat meter di depan rumah mereka menyebabkan air melimpah dalam masa singkat.

“Tiga anak saudara berusia empat hingga 17 tahun yang tidur di ruang tamu mengejutkan saya, mereka beritahu rumah dimasuki air.

“Ketika itu air di ruang tamu dianggarkan setinggi lima sentimeter, memang tak tinggi tapi banyak barang yang basah,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu bapanya Che Man Jantan, 76, berkata, kediaman mereka tidak pernah dilanda banjir berikutan lokasinya di tempat tinggi.

“Inilah kali pertama rumah saya dinaiki air yang menyebabkan perabot dan permaidani basah. Bila air sudah surut dan paip pecah dibaiki kami akan bersihkan semuanya sekali.

Sementara itu, jurucakap Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berkata kerja pembaikan paip akan dijalankan segera hari ini.

Seorang pegawai syarikat berkenaan dilihat mengambil gambar kejadian itu, dipercayai untuk melaporkannya kepada pihak pengurusan SAMB.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

885
Kongsi :
Previous post Hakim ingatkan peguam beri keutamaan kes rasuah Rosmah
Next post Tiada cadangan SOP khusus solat terawih
Ubah saiz-+=