Sorting by

×

Presiden PEKEMA Sarawak meninggal dunia

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KUCHING, 4 Feb – Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) cawangan Sarawak Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki meninggal dunia pada 5.43 pagi tadi pada usia 74 tahun di Hospital Pantai, Bangsar akibat menderita penyakit kanser usus.

Pembantu peribadi beliau, Siti Aisyah Ramli, 34, mengesahkan perkara itu berkata jenazah Allahyarham kini berada di Masjid Bangsar untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke Sarawak menaiki pesawat pada petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang di sini pada hari sama.

“Kesihatan Abang Khalid semakin merosot selepas melakukan pembedahan kanser usus pada 15 Jan lepas dan hari ini beliau telah pergi buat selamanya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada 25 Nov lepas, Abang Khalid dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Timberland di Kuching selepas mengadu sakit perut sebelum didiagnos menghidap kanser usus tahap tiga.

Semasa hayatnya, Abang Khalid pernah diberi tanggungjawab mengemudi Persatuan Sepak Takraw Sarawak dan menjadi Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) Semariang.

Abang Khalid juga mengetuai Yayasan PEKEMA Sarawak ditubuhkan pada 2010 yang telah bergerak aktif dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan di Sarawak menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan dana lebih RM9 juta.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lily Johari, tujuh anak termasuk penyanyi dan model, Camelia atau nama sebenarnya Dayang Noor Camelia beserta lapan cucu.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1116
Kongsi :
Previous post Hanya peralatan sembahyang terbakar di Kuil Kek Lok Si
Next post PRN Johor : Integriti, kredibiliti tidak diragui kriteria calon PN – Wan Saiful
Ubah saiz-+=