Amaran ribut petir sebelah petang di Melaka, tiga negeri pada 5-7 Feb
Ramalan ini susulan analisis kaji cuaca dikeluarkan oleh MetMalaysia bersama dengan Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS) yang menunjukkan luruan angin timuran di rantau negara hingga 9 Feb ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut meramalkan cuaca lembab dan hujan di beberapa daerah pesisir negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang pada sebelah pagi.
Di negeri pantai barat Semenanjung seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula dijangka mengalami ribut petir pada sebelah petang.
Negeri di utara Semenanjung pula diramalkan mengalami cuaca panas dan hujan yang kurang.
Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga telah dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa hingga 7 Feb ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...
TERIMA KASIH 12.32 JUTA PELANCONG
AYER KEROH 11 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, merakamkan setinggi-tinggi...