Sorting by

×

‘Maaf, saya pening..’

Masa Membaca:42 Saat

AYER KEROH 2 Feb – “Maaf saya pening,” demikian kata seorang lelaki yang terjatuh ketika melalui sekatan jalan raya di Plaza Tol Ayer Keroh, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 400 meter dari pintu masuk plaza tol sewaktu polis mengadakan Op Selamat 17, hari ini.

Difahamkan penunggang motosikal berkuasa besar jenis Kawasaki GTR dari ibu kota itu menuju ke Melaka berkonvoi bersama rakan-rakan sempena cuti Tahun Baharu Cina.

Ketika kejadian, lelaki itu jatuh terduduk dan hampir dihempap motosikalnya.

Bagaimanapun, mujurlah motosikal itu berjaya diangkat dengan bantuan empat anggota polis trafik.

Lelaki itu bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan iaitu luka di bahagian lutut, manakala pembonceng wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut salah seorang anggota polis, lelaki terbabit jatuh ketika hendak membuat pusingan dan bukannya cubaan lari daripada sekatan jalan raya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1044
Kongsi :
Previous post Op Selamat 17: JSPT Melaka keluar 4,279 saman bernilai hampir RM1.3 juta
Next post Polis rampas pistol, peluru selepas tahan penjenayah diburu sejak 2003
Ubah saiz-+=