
Mat Yo rekrut terbaharu Melaka United
BEKAS penyerang skuad kebangsaan Nurshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo diumum sebagai rekrut terbaharu menyertai Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC).
MUFC dalam satu kenyataan memaklumkan pemain berusia 35 tahun itu akan menyertai skuad Hang Tuah selepas semusim beraksi bersama Sarawak United FC musim lalu.
“Semoga dengan pengalaman yang dimiliki Nurshahrul bakal membantu Skuad Hang Tuah dalam memberikan cabaran dalam semua pertandingan Liga Malaysia musim ini.
“Selamat menyertai kami di Melaka United Mat Yo,” tulis kenyataan dimuat naik MUFC sebentar tadi.
Mat Yo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat sukan tempatan.
Beliau merupakan antara pemain senior tempatan yang masih beraksi serta pernah beraksi dengan beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya bersama Kelantan, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan, ATM, Terengganu, Felda United FC dan Pahang.
Selain itu, beliau juga pernah beraksi bersama kelab Thai League 1, BG Pathum United FC pada 2020.
Beliau juga telah membuat lebih 80 penampilan bersama Skuad Kebangsaan dengan 14 gol di peringkat antarabangsa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...