
Lembu bertindak agresif dalam Operasi Ternakan Merayau- MPAG
ALOR GAJAH 31 Jan- Operasi Ternakan Merayau sekitar Kampung Ayer Limau dan Kampung Brisu gagal ekoran haiwan ternakan itu bertindak agresif ketika cuba didekati penguat kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).
Yang Dipertua MPAG, Mohd Fadhil Hassan berkata, bertindak atas aduan orang awam, sepasukan penguat kuasa MPAG menjalankan operasi di lokasi berkenaan pada 29 Jan lalu bermula jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.
Katanya, dalam operasi terbabit, sebanyak dua kali percubaan menangkap lembu ternakan dilakukan namun gagal.
Menurutnya, selain haiwan ternakan agresif pihaknya turut mengambil kira faktor keselamatan penguat kuasa dan pengguna yang melalui jalan itu.
“Banyak aduan diterima kerana lembu-lembu ternakan ini mengganggu lalu lintas, najis bersepah dan ada yang masuk ke halaman rumah orang.
“Operasi ini dijalankan secara berkala di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan (Majlis Perbandaran Alor Gajah) 2012,” katanya ketika dihubungi.
Mohd Fadhil berkata, operasi sama akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada ternakan merayau di tempat awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA
BANDA HILIR 18 April - Menginjak usia 100 tahun penubuhannya, Persatuan Pandu Puteri Melaka terus mengorak langkah dalam memartabatkan anak...
DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS
AYER KEROH 18 April - Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama...
DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
SERI NEGERI 18 April - Dewan Belia Negeri Melaka bukan sekadar medan berhujah, sebaliknya dimanfaatkan sebagai platform untuk mengemukakan cadangan...
MASALAH RESIDENSI PRIMA KLEBANG 2 DIJANGKA SELESAI SUKU KEDUA 2025
KLEBANG 18 April - Kerajaan Negeri memberi jaminan pemasalahan berkaitan projek Residensi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Klebang 2, ditangani sebaiknya...
B.E.L.I.A TERAS UTAMA KEPIMPINAN ORANG MUDA MELAKA
SERI NEGERI 18 April - Bagi memastikan kepimpinan belia Melaka terus unggul dan relevan, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MELAKA KOMITED LAHIRKAN BELIA BERANI, BIJAKSANA, BERPANDANGAN GLOBAL
SERI NEGERI 18 April - Belia diminta untuk memainkan peranan lebih aktif dengan bersama-sama menyumbangkan idea dalam membantu pembangunan Negeri...