
SMTrack nafi dakwaan terlibat dalam projek RFID
KUALA LUMPUR, 30 Jan – SMTrack Bhd hari ini menafikan dakwaan penglibatannya dalam projek sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika ini untuk plaza tol di seluruh negara.
Timbalan Pengerusi Eksekutifnya Azmi Osman berkata sehingga kini SMTrack tidak terlibat dalam projek itu.
“Propaganda politik itu tidak bertanggungjawab dan SMTrack akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas untuk melindungi integriti syarikat,” katanya dalam satu kenyataan untuk menyangkal dakwaan baru-baru ini yang tersebar di Internet melibatkan SMTrack.
SMTrack juga menafikan dakwaan bahawa pelantikan Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif syarikat itu adalah berkaitan dengan hubungan politik.
Ia juga tidak melibatkan Tan Sri Lee Kim Yew dalam sebarang tindakan melobi untuk mana-mana projek walaupun Lee adalah pemegang saham utamanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...