
MetMalaysia keluar amaran hujan, ribut petir di Melaka, tujuh negeri
KUALA LUMPUR, 29 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di lapan negeri sehingga 8 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah di Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah di Larut, Matang dan Selama, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Sementara di Pahang, kawasan yang terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron dan di Selangor pula kawasan yang terlibat ialah di Hulu Selangor.
Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat ialah di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau
Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan yang terlibat ialah di Kapit (Belaga) dan Limbang di Sarawak, manakala Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...
REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI
AYER KEROH 7 April - Remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, di...
FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING
TABOH NANING 7 April - Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter, bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...