
Iskandar dilantik Pengarah Maritim Melaka & NS yang baharu
KUALA LINGGI 29 Jan – Kapten Maritim Iskandar Ishak @ Ishab diumum sebagai Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang baharu.
Iskandar secara rasmi menerima penyerahan tugas itu daripada penyandang jawatan Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah dalam satu majlis serah tugas yang diadakan semalam.
Majlis itu turut disaksikan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Ia turut dihadiri pegawai-pegawai kanan Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.
Untuk rekod, pertukaran dua hala ini menyaksikan Haris Fadzillah bakal mengambil alih jawatan Iskandar di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) Kuantan, Pahang.
Beliau akan memegang jawatan sebagai Komandan Kluster Pengajian Pengurusan dan Profesional di AMSAS.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....