Sorting by

×

Hospital Melaka kesan waris Yulianti, Boon Lin

Masa Membaca:38 Saat

AYER KEROH 28 Jan – Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris seorang lelaki dan wanita yang meninggal dunia ketika dirawat di hospital itu.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Hospital Melaka pesakit wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yulianti disahkan meninggal dunia pada jam 7.48 malam 22 Jan lalu.

“Maklumat yang kami ada mengenai wanita itu amat sedikit alamat terakhirnya adalah di Taman Merdeka.

“Manakala seorang lagi pesakit dikenali sebagai Tan Boon Lin pula meninggal dunia semalam (27 Jan),” katanya.

Berikutan itu waris atau orang ramai yang mengenali Yulianti dan Boon Lin diminta menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Melaka di talian 06-289 2072/2056 atau Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka di talian 06-2892515/2516.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

957
Kongsi :
Previous post Sampai masa turap semula Jalan Benteng Parit Cina
Next post PLUS jangka kenderaan meningkat 1.6 juta musim perayaan
Ubah saiz-+=