Sorting by

×

Melaka, beberapa negeri dijangka alami ribut petir hingga 3 Feb

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 28 Jan – Melaka menjadi antara beberapa negeri di Pantai Barat yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan bermula hari ini hingga 3 Feb.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, ribut petir dan hujan itu dijangka berlaku pada petang hingga awal malam.

Menurut kenyataan itu, selain Melaka, beberapa kawasan barat Sabah; utara dan tengah Sarawak; Perak; Selangor; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan menjadi antara kawasan terjejas.

“Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS) sistem cuaca tekanan rendah di barat Pulau Palawan, Filipina dijangka bergerak ke arah barat laut menjauhi negara dan dijangka tidak berkembang menjadi siklon tropika yang signifikan dalam 24 jam yang akan datang.

“Pada amnya negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung dijangka mengalami cuaca panas dan kering.

“Manakala kawasan barat Sabah, utara dan tengah Sarawak serta pantai barat Semenanjung dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada waktu petang hingga awal malam.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata kenyataan lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1623
Kongsi :
Previous post 10 kenderaan rosak dalam kejadian ribut di Shah Alam
Next post Wan Azizah dipanggil ke Bukit Aman petang ini
Ubah saiz-+=