
Azlan serah tugas Ketua JSJ Melaka kepada Meng Seah
AYER KEROH 27 Jan- Asisten Komisioner Azlan Abu hari ini secara rasminya menyerahkan jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, kepada penyandang baharu Asisten Komisioner Lim Meng Seah.
Azlan yang baharu empat bulan bertugas Melaka bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, sebagai Penolong Pengarah Rekod Jenayah.
Majlis serah terima tugas antara Azlan dan Lim Meng Seah disaksikan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Razali Abu Samah.
Meng Seah, berkhidmat selama 38 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah memegang jawatan sebagai Ketua Fizikal Makmal Forensik, Bukit Aman selama setahun dan Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak.
Berucap dalam majlis ringkas, Razali menaruh keyakinan dan memberi kata-kata semangat buat Meng Seah untuk mengemudi serta memacu JSJ Melaka ke mercu lebih cemerlang.
“Melihat kepada pengetahuan dan pengalaman luas sepanjang berkhidmat bersama PDRM saya percaya beliau mampu memikul tanggungjawab diamanahkan kepadanya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...