Sorting by

×

17 tokan antara 157 individu kantoi dadah

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 26 JAN – 17 tokan dadah antara 157 penagih ditahan dalam Op Tapis Khas Melaka bermula 21 hingga 23 Jan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, serbuan dijalankan di ‘port’ Krubong dan Apache.

“Hasil pemeriksaan 153 lelaki dan empat perempuan berusia antara 19 hingga 64 tahun, termasuk dua bukan warganegara ditahan bagi membantu siasatan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sepanjang tiga hari operasi kami merampas pelbagai jenis dadah seperti heroin sebanyak 1,168.38 gram, syabu 188.64 gram, ganja 129.45 gram, ketamin 4 gram dan 4.5 liter air ketum dianggarkan bernilai RM60,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Zulkiflee berkata, JSJN turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 melibatkan sitaan berjumlah RM269,500.

“Kita turut merampas wang tunai berjumlah RM10,000, tujuh buah kenderaan dan 13 buah motosikal.

“Op Tapis ini kita akan jalankan secara berterusan bagi mengekang aktiviti pengedaran dan penagihan di Melaka” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2118
Kongsi :
Previous post Inisiatif memperbaiki pendawaian elektrik agar lebih selamat diperluas
Next post Melaka tubuh ‘pasukan’ tangani babi hutan – EXCO
Ubah saiz-+=