
Shazwan Andik, Fadhli Shas perkasa Melaka United
KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengumumkan kehadiran dua pemain tempatan baharu, Mohamad Fadhli Shas dan Muhammad Syazwan Andik yang akan menyarung jersi skuad Hang Tuah musim 2022.
Kedua-dua pemain itu dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Fadhli Shas, 31 yang juga pemain pertahanan tengah adalah antara tonggak utama Skuad Harimau Muda A dari 2009 hingga 2014 sebelum menyertai JDT pada 2014 dan JDT 2 musim lalu selain telah membuat lebih 50 penampilan buat skuad kebangsaan.

Sementara Syazwan Andik, pemain sayap berusia 25 tahun ini yang juga produk Harimau Muda B telah membuat sebanyak 18 penampilan bersama skuad kebangsaan, boleh beraksi di posisi sayap kiri dan pernah bersama pasukan Kuala Lumpur pada 2018 sebelum kembali ke JDT setahun selepas itu dan musim lalu beraksi buat JDT II.
“Semoga dengan kehadiran kedua-dua pemain ini dapat dimanfaatkan bagi menguatkan cabaran Melaka United musim ini. Semoga berjaya Fadhli dan Syazwan bersama Skuad Hang Tuah,” kata kenyataan yang dimuat naik MUFC, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...