
Pemilihan PKR 22 hingga 29 April, Kongres Nasional 10 Hingga 12 Jun – Saifuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi 2022 hingga 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tarikh itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang turut menetapkan tempoh pencalonan bermula 11 hingga 19 Mac ini.
Bagi memastikan proses pengundian lancar, beliau memohon ahli parti menyemak status mereka di laman sesawang https://semakan.keadilanrakyat.org.
Saifuddin juga berkata senarai ahli untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu didaftar selewat-lewatnya 31 Jan ini.
“MPP turut menetapkan kesemua Cabang Keadilan seluruh negeri untuk mengadakan MATC bermula 4 hingga 27 Mac disusuli Kongres Nasional.
“Segala ketetapan ini bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti,” katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Manivanan Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan pemilihan parti itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...