
Sony Norde kekal sarung jersi Melaka United
KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mengesahkan pemain sayap, Sony Norde akan kekal bersama Skuad Hang Tuah bagi musim 2022.
Meskipun desas-desus menyebut Norde bakal berhijrah menyertai sebuah lagi pasukan Liga Malaysia, namun pemain import Haiti itu memilih untuk kekal dan menandatangani kontrak untuk musim ke-3 bersama MUFC.
“Ketangkasan dan ketajaman yang dimiliki Sony di bahagian depan menjadi sandaran Melaka United dan sering kali menjadi ancaman kepada setiap lawan sejak dua musim lalu.
“Musim lalu Sony menjadi tonggak penting buat Melaka United apabila telah menyumbang 8 gol dan 5 bantuan gol (Assists).
“Peranan beliau juga telah berjaya membantu pasukan mara sehingga ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2021 selain membantu Melaka United kekal bersaing dalam Liga Super Malaysia musim ini.
“Semoga 2022 bakal menjadi musim yang lebih berjaya buat Sony Norde dan Melaka United FC,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...