Sorting by

×

Gempa magnitud 6.1 landa Indonesia Tengah, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Masa Membaca:39 Saat

JAKARTA, 22 Jan – Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia pada Sabtu, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik.

Gempa bumi berlaku pada 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT), dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud dengan kedalaman 12 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Sementara itu, Xinhua turut melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan 231 km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari sama.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa, dengan kedalaman 23.99 km, ditentukan pada 3.6951 darjah utara dan 126.6747 darjah timur.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

903
Kongsi :
Previous post AirAsia raih anugerah Perak di Putra Brand Awards 2021
Next post Peningkatan kluster pendidikan: Kerajaan tunggu laporan jawatankuasa protem – PM
Ubah saiz-+=