Pemandu tersepit, lori rempuh besi penghalang
ALOR GAJAH 21 Jan – Seorang pemandu lori berusia 42 tahun tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh penghalang masuk ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Ayer Keroh, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, jam 1.20 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.23 pagi.
“Susulan itu jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bersama lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit turut dibantu pihak PLUS dan ditamatkan pada jam 2.08 pagi,” katanya.
Pemandu lori yang cedera dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...