Cadangan kurangkan had laju perlu perbincangan, penelitian – Wee
Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata cadangan itu memerlukan perbincangan dan penelitian lanjut sebelum sebarang keputusan dicapai.
“Saya ada dengar cadangan itu. Saya akan panggil semua (pemain industri) untuk mengadakan perbincangan kerana ia melibatkan stakeholders. Kedua, ada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga yang telah usulkan supaya kita dapat kurangkan kadar had laju di Malaysia ini.
“Namun begitu, kami akan tetap mengimbangi semua faktor itu dan kita akan lihat semua cadangan serta sudut bagi mencari jalan penyelesaiannya,” kata presiden MCA itu ketika ditemui di majlis kutipan derma untuk pembinaan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampus UTAR Kampar hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) supaya had laju 30 km/j ditetapkan bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung, sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk tahun 2021 hingga 2030. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.