Jual sayur pun tiada gaji, pelanggan pula taruhkan emosi
PENGKALAN BATU 21 Jan – “Kadang-kadang rasa tak nak berniaga pun ada sebab melayan kerenah pelanggan yang kata kita ambil kesempatan bila harga sayur naik,” kata Roslan Hassan, ketika berkongsi dilema peniaga sayur di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Katanya, harga tinggi ditetapkan pemborong dan petani menyebabkan jumlah keuntungan peniaga merudum malah merisaukan tidak pulang modal.
“Kita beli harga terlampau tinggi meningkat dua kali ganda, ada masanya kita tidak ada gaji. Nak untung RM100 sehari pun susah.
āKalau harga bekalan sayur ditawarkan terlalu tinggi kita tak jual. Kalau jual pelanggan merungut dan tidak percaya hinggakan mereka kata kita ambil kesempatan.
āKenaikan harga sayur menyebabkan saya terpaksa memendekkan waktu operasi dari 4.30 kepada 11 pagi berbanding 1 tengah hari sebelum ini, bagi menjimatkan kos saya terpaksa buang beberapa pekerja,ā katanya.
Meskipun harga sayur-sayuran seperti, tomato, cili dan jenis berdaun mula menurun Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati suasana di pasar berkenaan masih lengang.
Kenaikan harga sayur sejak dua bulan lalu itu turut diakui beberapa peniaga lain yang mendakwa ia berpunca daripada faktor cuaca.
Seorang lagi peniaga Kalsom Kasim berkata, kenaikan kos baja dan benih daripada pembekal turut mempengaruhi harga sayur.
āRugi lebih kerap berbanding untung, kadang-kandang sayur tidak habis dijual kerana pelanggan tak mahu beli.
āContoh tomato termasuk dibawah harga kawalan RM5.50 satu kilogram (kg), harga kita dapat daripada pemborong pun sama, memang tak ada untung.
āKalau beli sayur dalam kotak pula banyak yang rosak, paling kurang dalam setengah hingga satu kg terpaksa dibuang,ā katanya.
Kalsom, berharap pihak berkenaan mengambil inisiatif tertentu bagi memastikan dilema tahunan peniaga dapat diatasi pada masa akan datang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.