
Cadang laksana ‘PKP’ ke atas babi
Beliau yang juga jurucakap Hal Ehwal Pertanian Parlimen PKR mencadangkan empat lagi strategi iaitu melibatkan pendekatan seluruh jentera kerajaan, meningkatkan biosekuriti ladang, pemberian pampasan kepada penternak terkesan dan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi usaha memusnahkan babi dijangkiti ASF.
“Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja,” katanya kepada media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memuji tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang telah bertindak secara profesional dan pantas dalam menangani penularan wabak ASF.
Penyakit ASF dikesan pada babi ternakan di beberapa negeri termasuk di ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka dan setakat ini sebanyak 16,000 ekor babi dijangkiti di 19 ladang di Melaka telah dilupuskan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAMBAKAN LAUT ATASI HAKISAN PANTAI TELOK GONG
KUALA LINGGI 7 April - Projek tambakan laut bagi mengatasi masalah hakisan berlaku di Pantai Telok Gong di Dewan Undangan...
JALAN PINTAS BAHARU DUN RIM JIMATKAN 15 MINIT MASA PERJALANAN
RIM 7 April - Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Asahan dan Nyalas bakal menikmati satu lagi kemudahan hasil...
KIOS FOTO SUASANA KAMPUNG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 7 April - Selain menjamu selera dengan aneka pilihan makanan, tetamu singgah ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...