Pembangunan Melaka perlu ambil kira elemen kelestarian – KM

Masa Membaca:52 Saat

KUALA LUMPUR 20 Jan – Kerajaan negeri mahu setiap perancangan dan pembangunan yang sedang serta bakal dilaksanakan mengambil kira elemen kelestarian.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, elemen itu perlu menjadi teras dalam pembangunan mampan Negeri Melaka.

“Ini selari dengan misi dan visi Kerajaan Negeri Melaka untuk memperkasa ‘Melaka Rumahku’ yang di dalamnya terkandung ‘Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035’ atau PSMJ 2035,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Terdahulu Sulaiman, menyertai sesi Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka diadakan di Kuala Lumpur, pagi ini.

Beliau berkata, konvensyen kali ini memberi tumpuan kepada slot pembentangan disampaikan dua penceramah yang mempunyai pandangan dan idea segar bagi memacu pelan pembangunan mampan di Negeri Melaka.

“Ia seperti pembangunan ekonomi berteras pendigitalan yang disampaikan oleh Datuk Dr Suhana Md Saleh, Pengarah Bahagian K-Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Saya juga tertarik dengan pembentangan disampaikan oleh TPr Norliza Hashim, Ketua Eksekutif, Urbanice Malaysia yang menyentuh mengenai pembangunan lestari,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1139
Kongsi :
Previous post PM jelaskan kekangan operasi pemindahan mangsa banjir di Selangor
Next post Banjir: Kerajaan kenal pasti tiga kelemahan perlu diperbaiki – PM
Ubah saiz-+=