KPM jalankan siasatan menu RMT hanya sedia nasi dan kuah – Radzi
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan mengenai menu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang didakwa hanya menyediakan nasi putih dan kuah kepada murid-murid sekolah seperti ditularkan di media sosial.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata beliau turut mengarahkan supaya sekolah terlibat dikenal pasti.
“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenal pasti sekolah yang terlibat. KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya dalam catatan di akaun Facebooknya.
Semalam, tular satu kiriman seorang pemilik Facebook berserta gambar yang dimuat naik sambil mendakwa cucu saudaranya hanya menerima menu RMT sedemikian.
Pemilik Facebook itu juga mempersoalkan sama ada peruntukan RMT terlalu sedikit sehingga pengusaha kantin menyediakan menu makanan tambahan sebegitu kepada murid-murid sekolah rendah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...
TERIMA KASIH 12.32 JUTA PELANCONG
AYER KEROH 11 Disember - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, merakamkan setinggi-tinggi...
ZOO MELAKA LAKUKAN PERSIAPAN SAMBUT WTD2025, VM2026
AYER KEROH 11 Disember - Kerja-kerja penambahbaikan dan menceriakan Zoo Melaka akan dilaksanakan sebagai persediaan bagi sambutan Hari Pelancongan Sedunia...
HADIAH KESELURUHAN RM50,000 MENANTI PESERTA LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA
AYER KEROH 11 Disember - Pelbagai hadiah yang secara keseluruhan bernilai RM50,000 menanti peserta Larian Budaya Antarabangsa DUYONGkita di Stadium...