Sorting by

×

Etika pemakaian: Skirt atas lutut tidak dibenar masuk Seri Negeri

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 19 Jan – Mana-mana wanita mengenakan skirt perlu mematuhi kod etika pemakaian iaitu melebihi paras lutut sekiranya ingin berurusan di pejabat Pusat Pentadbiran Kerajaan di Seri Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari berkata, orang ramai perlu menghormati kod etika pemakaian berkenaan seperti mana yang telah ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Mereka perlu memakai pakaian sopan mengikut kod etika pemakaian pada waktu pejabat seperti yang ditetapkan JPA, bagi mengelakkan kes tidak dibenarkan masuk.

“Bagi lelaki berseluar panjang, manakala wanita pula berbaju kurung atau pakaian menutup aurat.

“Jika pakai seluar pendek atau mengenakan skirt di atas paras lutut memang tidak dibenarkan masuk kerana kita (kalau) nak datang ke pejabat kerajaan perlulah pakai pakaian sesuai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zaidi mengingatkan, kod etika pakaian itu juga terpakai di semua pejabat kerajaan dan bukan di Seri Negeri sahaja.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1757
Kongsi :
Previous post Kekasih tokan dadah dicekup
Next post Hapus judi ‘online’ di Merlimau sampai ke lubang cacing
Ubah saiz-+=