Sorting by

×

‘Terima kasih pengusaha tomyam bantu mangsa banjir’ – KM

Masa Membaca:38 Saat

SERI NEGERI 19 Jan – “Sumbangan dihulurkan pengusaha restoran tomyam ini bagi saya cukup besar ertinya, lebih-lebih lagi ia dapat membantu usaha kerajaan bagi program pasca banjir”.

Itu penghargaan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang berterima kasih atas sumbangan dan keprihatinan pengusaha restoran tomyam yang tampil untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Melaka.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Nikman Mat yang mewakili lebih 100 pengusaha restoran tomyam di Melaka atas sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri ini,” katanya menerusi dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini

Turut hadir pada majlis ringkas itu Ketua Bahagian, Bahagian Khidmat Musaadah Jabatan Ketua Menteri Melaka, Sha’ari Samsudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

604
Kongsi :
Previous post Gangguan seksual: Kertas siasatan babitkan ADUN dilengkapkan minggu ini
Next post Dua kolej vokasional cetus kluster COVID-19 di Melaka
Ubah saiz-+=