
MOU PDI dimuktamad dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia ke Jakarta, Isnin ini
KUALA LUMPUR, 19 Jan – Isu-isu berkaitan memorandum persefahaman (MoU) berhubung Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) akan dimuktamadkan dalam lawatan kerja Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ke Jakarta, Indonesia, Isnin ini.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata beliau dijadualkan bertemu rakan sejawatnya Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia Ida Fauziyah bagi memuktamadkan perkara itu supaya MoU tersebut dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Feb ini di Bali, Indonesia.
“Ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jan 2022 agar satu lawatan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemeteraian MoU tersebut.
“Isu-isu utama berkaitan dengan MoU tersebut berhubung One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI telah pun disepakati menerusi siri rundingan antara kedua pihak,” katanya.
Beliau berkata MoU terdahulu telah ditandatangani Menteri Sumber Manusia pada 2006 di Bali dan protokol bagi meminda MoU berkenaan telah ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 2011.
Saravanan berkata pertemuan itu akan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga dalam siri lawatan kerja ke Indonesia minggu depan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEDONDON BERBAJU RAYA KE SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa...
PELANCONGAN MELAKA JANA PENDAPATAN RM12.68 BILION
AYER KEROH 5 April - Penganjuran Tahun Melawat Melaka tahun lalu menyaksikan sektor pelancongan negeri ini terus meroket apabila mencatat...
MELAKA TERUS DIBERI KEPERCAYAAN ANJUR PROGRAM BERSKALA BESAR – KM
AYER KEROH 5 April - Melaka terus diberi kepercayaan Kerajaan Persekutuan sebagai sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara berskala besar, sama...
MELAKA NEGERI MEMBANGGAKAN TARIK PELABUR – PM
AYER KEROH 5 April - Keupayaan Melaka menarik pelaburan berteknologi tinggi seperti pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor mendapat...
PM SETUJU MELAKA LOKASI PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memilih Melaka sebagai tuan rumah pelancaran Tahun...
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...