Sorting by

×

Epal umpan perhatian monyet masuk perangkap

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Jan – “Sebelum ini saya guna umpan pisang tapi gagal menarik perhatian haiwan liar itu, meskipun sudah lima hari dipasang belum ada monyet masuk perangkap.

“Jadi saya gantikan dengan buah epal dan lai alhadulillah cara itu membuahkan hasil, pagi tadi saya lihat lima ekor monyet pelbagai saiz masuk perangkap,” kata Noor Faridah Mat, 52.

Ibu tunggal itu menarik nafas lega selepas kumpulan monyet liar merosakkan peralatan rumah dan kerepak pisang dihasilkan akhirnya berjaya diperangkap.

Katanya, perangkap itu dipasang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Khamis lalu susulan aduan penduduk.
Namun, usahanya untuk menghampiri perangkap berkenaan gagal berikutan beberapa monyet bersaiz besar berkeliaran sekitar perangkap berkenaan kelihatan agresif seolah-olah mahu menyerangnya.

Noor Faridah Mat, 52.

“Monyet bersaiz besar itu mempamerkan taringnya, mungkin marah kerana perangkap di pasang di Kawasan itu,” katanya Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Londang, di sini.

Melaka Hari ini (MHI) 12 Jan lalu melaporkan Noor Faridah, hanya mampu menitiskan air mata akibat kerugian RM200 selepas 20 bungkus kerepek pisang dihasilkan dirosakkan sekumpulan monyet liar.

Ketika kejadian dia dan anak perempuannya berusia 29 tahun menziarahi besannya di Merlimau manakala anak lelakinya berusia 27 tahun masih di tempat kerja di Alor Gajah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1464
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Next post Taktik penyamun bakar mercun samun kedai emas gagal
Ubah saiz-+=