Sorting by

×

KPM luluskan peruntukan kecemasan baiki SJKC Malim

Masa Membaca:51 Saat

MALIM 11 Ogos – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyegerakan peruntukan kecemasan membaik pulih struktur bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, yang terjejas teruk akibat ribut dan mengakibatkan 28 muridnya mengalami kecederaan.

Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, permohonan berjumlah RM105,000 bagi penyelenggaraan bangunan yang dibuat lebih awal oleh pengurusan sekolah turut diluluskan serta merta.

“Kerja membaik pulih kerosakan bangunan perlu dilakukan segera bagi memastikan sesi persekolahan tidak terganggu.

“Setakat ini kita meluluskan apa yang dipohon oleh sekolah sebelum ini berjumlah RM105, 000 dan pada masa sama bantuan kecemasan untuk membaiki kerosakan blok bangunan yang terjejas akibat ribut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat sekolah berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) negeri Datuk Noor Effandi Ahmad dan Pengarah Pendidikan negeri Dr Mohd Azam Ahmad.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya turut dimaklumkan Ketua Menteri Datuk Haji Sulaiman Md Ali bahawa kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan bencana menerusi Tabung Bencana Negeri.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas.

Views:

481
Kongsi :
Previous post TYT lawat SJKC Malim
Next post Ribut Melaka: “Ini kali pertama insiden seperti ini berlaku”
Ubah saiz-+=