Sorting by

×

60 warga LPM zahir ikrar bebas rasuah

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 17 Jan – Seramai 60 kakitangan Lembaga Perumahan Melaka (LPM) menzahirkan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom berkata ia merupakan komitmen pihaknya dalam usaha mencegah jenayah rasuah selaras dengan hasrat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Majlis ini disaksikan Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad dan wakil Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka, Noorhafizah Othman.

“Turut diadakan pelancaran Polisi Anti Rasuah dan Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah disempurnakan Mohd Shahril bagi membanteras persepsi berkaitan konflik kepentingan peribadi melibatkan wargak LPM dan mana-mana pihak semasa berurusan di LPM,” katanya kepada MHI.

Pada majlis itu juga turut diadakan ceramah integriti bertajuk ‘Sayangi Diri, Keunggulan Peribadi’ bersama penceramah jemputan iaitu Ustaz Syamsul Amri Ismail atau dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat.

“Ceramah Integriti ini merangkumi aspek pematuhan peraturan, penerapan nila-nilai murni dan pengukuhan integriti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1039
Kongsi :
Previous post Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia
Next post Marhaen: Sukarno’s Decolonized Icon
Ubah saiz-+=