Sorting by

×

KPDNHEP terima 8,555 aduan barang mahal sejak Mac 2020

Masa Membaca:58 Saat

TAWAU, 15 Jan – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 8,555 aduan berhubung harga barang mahal dalam tempoh sejak Mac 2020 hingga semalam.

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata bagaimanapun apabila aduan itu disiasat, pihaknya mendapati kebanyakan kes berkenaan hanya berlaku di sesetengah tempat tertentu sahaja, atau dikategorikan sebagai kes terpencil.

“Selepas penguat kuasa KPDNHEP mengesan dan meneliti semua aduan yang dilaporkan, tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Program Jualan Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata orang ramai wajar menggunakan peranan ‘hak pengguna’ untuk memilih barang dengan bijak dan membuat aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku penipuan jualan.

Alexander berkata pada masa yang sama pihaknya tidak menafikan terdapat kenaikan harga barangan tertentu di pasaran, dan pihaknya segera ambil maklum semua fakta yang mendorong kepada kenaikan harga berkenaan.

“Kerajaan menerusi KPDNHEP sedang melihat kepada strategi untuk membantu mengurangkan beban pengguna dalam perbelanjaan barangan asas.

“Misalnya Program Jualan Keluarga Malaysia yang diadakan di seluruh negara, adalah antara langkah membantu rakyat membeli barangan asas pada harga jauh lebih murah berbanding hari biasa,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post PKJM catat jualan sebanyak RM7.8 juta sejak 2 Dis
Next post Pengurus syarikat pembinaan disiasat buat laporan palsu hilang wang
Ubah saiz-+=