Sorting by

×

Melaka perkenal konsep pasar malam lebih sistematik – Exco

Masa Membaca:51 Saat

SERKAM 14 Jan – Kerajaan negeri akan melakukan perubahan dalam operasi pasar malam di negeri ini dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan berkata, transformasi itu akan melibatkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dan sistem pengurusan sampah lebih sistematik dalam pengurusan pasar malam.

Katanya, ia sekali gus menyaksikan operasi pasar malam di negeri ini berwajah baharu dan akan berbeza dengan konsep sedia ada.

“Kita akan laksanakan transformasi pasar malam, di mana akan ada SOP baharu mengikut SOP pandemik COVID-19 yang melibatkan sistem pengurusan sampah berbeza berbanding sedia ada.

“Kita merancang untuk melaksanakan transformasi itu membabitkan satu pasar malam di setiap daerah dan sekiranya berjaya, ia akan dikembangkan ke seluruh negeri.

“Namun, perkara ini masih di peringkat perbincangan lagi, jika diluluskan, ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) di Pantai Siring, petang tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Datin Sapiah Haron.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1260
Kongsi :
Previous post Tiga ikon pelancongan baharu akan dibangunkan di Jasin
Next post Dua PPV Integrasi Kuala Lumpur beroperasi mulai esok
Ubah saiz-+=