
Perketat penguatkuasaan, elak buang sampah haram – Dr Akmal
MERLIMAU 14 Jan – “Saya mohon supaya kita semua mematuhi arahan untuk tidak lagi membuang sampah di kawasan ini (kawasan perindustrian kilang berapi) agar kesihatan dan kebersihan kampung kita terpelihara”.
Itu tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Salleh ketika turun padang meninjau masalah pembuangan sampah haram di Kawasan Perindustrian Kilang Berapi, hari ini.
“Untuk makluman, tempat pembuangan sampah haram ini di Kawasan Perindustrian Kilang Berapi akan dibersihkan dan dipindahkan hari ini juga.
“Pemantauan dari pihak penguatkuasa juga akan diperketatkan supaya tidak ada lagi mana-mana individu yang membuang sampah di kawasan ini.
“Pastikan kita menjalankan tanggungjawab kita dulu sebelum kita menyalahkan orang lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Lawatan tersebut turut disertai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Datin Sapiah Haron yang turut membantu menyelesaikan aduan penduduk kampung.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...