Lima maut, puluhan cedera kemalangan kereta api di India
NEW DELHI, 14 Julai – Sekurang-kurangnya lima maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di negeri Bengal Barat, India pada Khamis.
Sebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.
Pegawai kanan kerajaan berada di lokasi nahas untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat, kata ketua menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.
Kereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam, menurut media tempatan.
“Kami rasa kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan ke bawah,” kata seorang mangsa yang terselamat.
Visual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah.
“Memantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas,” kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw dalam ciapan Twitternya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LATIHAN PERCUBAAN PLKN 3.0 BERMULA JAN 2025 – ADLY
SEREMBAN 16 November - Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki...
TETC WATER PARK SUDAH DIBUKA
RIM 16 November - Taman Tema Air Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC Water Park) yang mula dibuka hari ini menerima...
KANAK-KANAK 8 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS TERJATUH KE DALAM LONGKANG BESAR
JOHOR BAHRU 16 November - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar...
TAPS, SUNGAI JERNIH PERLU DISIAPKAN SEGERA
AYER LIMAU 16 November - Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Jernih yang mengalami kelewatan perlu disiapkan pada...
5 PROJEK JPS BERNILAI RM28.6 JUTA DISERAH KEPADA KERAJAAN MELAKA
ALOR GAJAH 16 November - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyerahkan lima projek bernilai RM28.6 juta yang siap...
MELAKA MOHON ZON MERAH BANJIR DIBERI PERHATIAN SEGERA
ALOR GAJAH 16 November - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memohon Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air...