Sorting by

×

Isu tunggakan gaji MUFC: ‘Tunggu Ahad ini’ – KM

Masa Membaca:41 Saat

BEMBAN 13 Jan – Isu tunggakan gaji pemain Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) akan diputuskan selepas Mesyuarat Kongres Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Ahad ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini tiada langkah awal dilaksanakan, namun perlu menunggu keputusan mesyuarat kongres tersebut.

“Tunggu kongres bermesyuarat Ahad ini, kita tiada langkah awal hanya perlu tunggu kongres bermesyuarat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Bemban Maju Jaya Kali Pertama di Kompleks Japerun Brmban di sini, hari ini.

Kelmarin, pengurusan MUFC memberi jaminan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC bagi musim 2021 akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.

MUFC dalam kenyataan berkata, perkara terbabit akan diselesaikan secepat mungkin berikutan kelab itu kini dalam proses akhir penstrukturan semula dari segi pentadbiran dan kewangannya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

759
Kongsi :
Previous post Transaksi tol RFID di laluan PLUS Juru-Skudai bermula 15 Jan, 10 malam
Next post Melaka akan pasang siren kecemasan di lokasi risiko banjir – KM
Ubah saiz-+=