Sorting by

×

HKL ambil tindakan ahli farmasi didakwa ‘kurang ajar’

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KUALA LUMPUR 12 Jan – Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah mengenal pasti pegawai yang didakwa biadap ketika menjalankan tugas di hospital berkenaan.

Ia selepas tersebarnya satu hantaran tular di aplikasi Facebook yang dikongsikan seorang pelayar yang menghidap penyakit alahan semalam.

Dalam hantarannya, pelayar itu mendakwa diberi layanan tidak sewajarnya oleh pegawai berkenaan yang mengarahkannya untuk datang sendiri ke HKL setiap dua minggu untuk mengambil ubat berkenaan kerana tiada penghantaran menerusi aplikasi MyUbat disediakan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru lancar MyUbat untuk mudahkan cara ambil ubat. Takkan dah tak ada.

“Takkan lah saya kena ulang alik dari Sungai Buloh ke HKL setiap dua minggu untuk ambil ubat. Tak ada cara lain ke untuk saya dapat ubat ni, lagi pun kalau hantar guna MyUbat pun kos saya bayar COD.

“Bekalan ubat saya tak boleh putus kerana saya ada Allergic Anaphylaxis Type 1 dan senang kena Anaphylactic Shock jika bekalan ubat putus,” tulisnya.

Beliau kemudian mendakwa pegawai terbabit menjawab perkara itu bukan masalahnya.

“Not my problem. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat pergilah dekat hospital lain pula),” tulisnya.

Perkongsian itu telah menerima hampir 7,000 perkongsian dan ditularkan di media sosial sejak semalam.

Sementara itu, HKL dalam kenyataan memaklumkan isu itu terjadi disebabkan masalah komunikasi antara kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, HKL akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan,” katanya.

Pada masa sama, menjawab isu aplikasi MyUbat pihaknya berkata aplikasi berkenaan tidak dapat dilaksanakan bagi ubat-ubat tertentu berikutan kekangan stok bekalan yang terhad bagi ubat tersebut.

“Justeru, bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal daripada tarikh pesakit menerima ubat tersebut.

“Perkhidmatan MyUbat akan dapat dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2257
Kongsi :
Previous post Rayuan Azmin batal saman pengundi Gombak didengar 13 April
Next post Mohd Hassan Marican diisytihar Canselor keempat UTP
Ubah saiz-+=