
Banjir: Hanya tinggal 20 mangsa di Melaka
AYER KEROH 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan apabila hanya merekodkan 20 mangsa masih ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka (APM) Melaka Lt Kol Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan seramai enam keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat.
Beliau berkata, banjir di sekitar daerah Jasin semakin pulih apabila mangsa dari dua buah PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai dan SK Parit Penghulu telah dibenar pulang hari ini.
Namun katanya, PPS berkenaan masih belum ditutup dan menunggu pengesahan daripada Pejabat Daerah Jasin.
“Setakat ini hanya satu kawasan masih terjejas banjir iaitu di Kampung Lanchang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...