PFAM hantar notis tuntutan gesa Melaka United FC lunas tunggakan gaji

Masa Membaca:43 Saat

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) telah menghantar Notis Tuntutan kepada pihak pengurusan Melaka United FC dan menggesa agar tunggakan gaji pemain dilunaskan selewat-lewatnya pada 19 Jan ini.

PFAM menerusi satu hantaran di laman Facebook menyatakan tindakan tersebut diambil atas dasar solidariti mereka untuk para pemain itu bagi skuad utama dan juga pemain skuad Piala Presiden.

“Tunggakan skuad utama adalah sebanyak tiga bulan dan tunggakan bagi skuad Piala Presiden adalah sebanyak dua bulan setengah,” katanya.

Menurut persatuan itu pemain-pemain dari pasukan ‘Sang Kancil’ telah pun memberikan kerjasama dan memahami kekangan pasukan dengan memberikan tempoh yang sewajarnya.

“PFAM ingin mengingatkan agar pasukan mengambil serius berkenaan isu pembayaran gaji, memandangkan ini bukan merupakan kali pertama membabitkan pasukan Melaka United. Semoga isu ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera,” tambahnya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post Setiausaha Akhbar MB Pahang meninggal dunia
Next post Tiada lagi PKP, kawalan lebih ketat di sempadan negara – Hishamuddin
Ubah saiz-+=