Cari pelanggan guna WeChat, empat wanita warga asing ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 11 Jan- Empat wanita warga asing ditahan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Jalan Limbongan, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka (JIM), Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata serbuan di hotel berkenaan dilakukan pada jam 11.30 malam berdasarkan maklumat dan risikan pihak JIM dan empat wanita yang ditahan dipercayai dari Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Katanya, ketika serbuan itu pihaknya terpaksa memecahkan pintu bilik hotel tersebut kerana wanita warga asing itu bertindak mengunci pintu dari dalam dan gagal memberi kerjasama.

“Di hotel terbabit wanita warga asing ini dikesan menawarkan aktiviti tidak bermoral yang beroperasi menggunakan aplikasi WeChat dan tempahan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pelanggan tetap sahaja yg dibenarkan melanggan.

“Bayaran atas perkhidmatan ini ada yang dimasukkan ke dalam akaun dan ada juga dibuat secara tunai.

“Caj yang dikenakan antara RM200 hingga RM300 bagi setiap perkhidmatan manakala wanita yang memberi khidmat bermalam mengenakan bayaran RM500 hingga 800 semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Anirwan Fauzee berkata dalam serbuan itu pihaknya turut merampas peralatan untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral seperti kondom, minyak pelincir dan wang tunai hasil dari aktiviti itu.

Jelasnya, semua wanita berkenaan dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Akta 155.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat tentang PATI supaya tindakan dapat diambil secara berterusan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1898
Kongsi :
Previous post Idris gesa siasatan dibuat terhadap pendakwah bebas
Next post Melaka peruntuk RM900,000 laksana projek atasi banjir
Ubah saiz-+=