Isu tunggakan gaji pemain, pegawai MUFC akan diselesaikan

Masa Membaca:35 Saat

AYER KEROH 11 Jan. – Pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) memberi jaminan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai MUFC bagi musim 2021 akan diselesaikan dalam masa terdekat ini.

Pengurusan MUFC dalam kenyataan berkata, perkara terbabit akan diselesaikan secepat mungkin berikutan kelab itu kini dalam proses akhir penstrukturan semula dari segi pentadbiran dan kewangannya.

“Pihak pengurusan kelab memberi jaminan untuk menyelesaikan semua tunggakan dalam masa terdekat bagi memastikan perancangan MUFC bagi tahun 2022 berjalan lancar.

“Pihak pengurusan menghargai kesabaran dan kerjasama daripada para pemain dan pegawai MUFC.

“Sokongan daripada semua pihak khususnya para penyokong amat kami hargai dan meoga 2022 menjadi tahun yang gemilang buat MUFC,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1418
Kongsi :
Previous post 186 masjid di Melaka dijangka akan miliki koperasi
Next post Idris gesa siasatan dibuat terhadap pendakwah bebas
Ubah saiz-+=