
Ubah suai Honda Civic guna duit insurans kemalangan, pekerja kilang disaman
AYER KEROH 10 Jan – Seorang pekerja kilang sanggup membelanjakan RM10,000 wang insurans diperolehi akibat kemalangan bagi mengubah suai kereta Honda Civic miliknya untuk kepuasan diri dan menonjolkan kelainan.
Namun, tindakan lelaki berusia 22 tahun berasal dari Sik, Kedah itu mengundang padah apabila dia bersama rakan-rakannya ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan di sekitar Melaka pada Jumaat lalu.
Dia yang mahu dikenali sebagai Nizal berkata, keretanya itu baru sahaja disiapkan dalam tempoh sebulan sebelum mengambil keputusan ‘merasmikannya’ dengan berkonvoi ke Melaka.
Bagaimanapun, dia dan rakan-rakan terpaksa akur apabila ditahan dalam operasi terbabit, selain turut dikenakan saman.
“Saya baru ‘rasmi’ kereta ni sebab lama duduk dalam bengkel, lepas ubah suai semua, datang mai konvoi dengan kawan-kawan ke Melaka, tak masai kena saman pulak dah.
“Saya kena tiga saman berjumlah RM900, dua saman dari pihak polis, satu lagi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Apa nak buat, nasib badan, balik kedah menangislah, saman banyak,” ujarnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BALAI BOMBA BAHARU DI PEKAN ASAHAN
ASAHAN 12 April - Pembinaan Balai Bomba baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dijanhka akan direalisasikan tidak lama lagi...
KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI
TANJUNG BIDARA 12 April - Sebanyak 70 kios makanan tradisi berserta 10 kendera saji (food truck) akan disediakan untuk menjamu...
JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN
SUNGAI UDANG 12 April - Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan...
KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
JASIN 12 April - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) melakar kejayaan cemerlang apabila merangkul Anugerah Pasukan Terbaik bagi sukan sepak takraw...
ASAHAN SEJAHTERA, APLIKASI PINTAR PACU TRANSFORMASI DIGITAL ORANG KAMPUNG
ASAHAN 12 April - Pelbagai isu dan masalah membabitkan masyarakat setempat telah berjaya diselesaikan menerusi aplikasi Asahan Sejahtera yang dibangunkan...
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...