Pembangunan tambak laut bantu sumbang hasil kerajaan negeri dari krisis pandemik

Masa Membaca:45 Saat

SERI NEGERI 10 Jan – Pembangunan tambak laut di Melaka telah menyumbang sebanyak RM100 juta sepanjang tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 21.86 peratus hasil kerajaan negeri sepanjang tahun lalu.

“Jumlah ini dapat menampung kekurangan hasil Kerajaan Negeri akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, kerajaan negeri juga akan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka (MWEZ) sebagai sebuah projek nasional.

Pada masa sama, pihaknya juga akan berusaha mendapatkan kelulusan sebuah kawasan bebas cukai di kawasan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1485
Kongsi :
Previous post Melaka tingkatkan inisiatif kurangkan kadar pengangguran
Next post Bekalan air Melaka mampu bertahan sehingga 2050
Ubah saiz-+=